Tuesday, February 07, 2006

Irama dan Gerak Iysharat/Gesture

Waktu kitorang mula-mula belajar tarian tradisi kat KK dulu, jurutari dari Lembaga Kebudayaan Sabah pernah menyuruh kitorang memahami pergertian irama dan gesture terutama sekali tarian tarian yang melibatkan pergerakan keseluruhan badan .. saja la ni nak share share dengan korang .... baca jak la kalu interested. Aku translate directly dari bahasa omputih ... sori tatabahasa tak berapa elok sikit!

Irama yang sesuai adalah diperlukan oleh setiap penari, walaubagaimanapun bukan susah untuk mendapatinya. Pada dasarnya kita beranggapan bahawa setiap manusia yang lahir mempunyai irama tersendiri, tetapi sebenarnya irama merupakan sesuatu ilmu yang dipelajari. Kaum-kaum yang berpuak-puak biasanya dipercayai mempunyai irama tersendiri yang berkaitan dengan alam semulajadi, tetapi sekiranya seseorang itu melihat secara dekatnya akan kaum-kaum yang berpuak ini, anak-anak puak ini sebenarnya mempelajari irama puak mereka seperti menari dan memukul drum.

Irama biasanya dipelajari sejak pada peringkat muda lagi. Budak-budak yang didedahkan dengan musik dengan galakkan menyahut irama dan menari semasa kecil banyak membantu mereka mendekati irama pada peringkat umur seterusnya. Sebaliknya, seseorang itu tidak sepatutnya merasa tertinggal sekiranya pada peringkat muda tidak mempelajari musik kerana irama dan musik sentiasa ada. Mempelajari irama pada dasarnya hanya menumpukan perhatian tentang irama yang akan dipelajari. Memdengar sekeping musik yang terkenal terutamanya irama berentak latin adalah paling senang dipelajari. Sambil memdegar akan musik itu, cari ‘beat’ yang paling ketara – biasanya ‘beat’ ini diikuti dengan pukulan drum. Selepas itu, dengar lah pulak ‘beat’ yang lebih berat dimana ‘beat’ ini lebih menonjol dari ‘beat’ yang lain dalam musik itu. Kira berapa banyaknya ‘beat’ yang lebih ringan ini di antara ‘beat’ yang lebih berat tadi dengan menepuk tangan pada irama lagu tersebut.

Sekarang, lihat sekiranya anda dapat mengira irama yang penuh ini – 1, 2, 3, 4, 2, 2, 3, 4 atau apa-apa kiraan yang lain. Bila anda depat mendengar ‘beat’ ini dengan terang, cubaCuba mengikutinya dengan gerakan tarian. Bergerak pada setiap ‘beat’ dengan mengagihkan berat badan dari satu pinggang ke satu pinggang tanpa mengerakkan kedua-dua kaki anda. mendengar ‘beat’-‘beat’ lagu sahaja bukan keselurahan musik lagu itu. Selepas anda dapat menari pada setiap ‘beat’ dengan jayannya, bukan sebelum dan selepas, cuba menari pada 3 ‘beat’ yang pertama dan berhenti pada ‘beat’ keempat. (Sekiranya musik itu mempunyai lebih atau kurang dari 4 ‘beat’ ubah tarian anda). Pada pergerakkan tarian yang seterusnya, menari pada ‘beat’ 1 dan ‘beat’ 4 manakala bagi ‘beat’ 2 dan 3, anda harus berdiam (berhenti menari buat seketika). Kemudiannya, cuba menari pada ‘beat’ 1 atau 4 sahaja; dan akhirnya menari pada apa-apa ‘beat’ sahaja yang anda suka dengan tanpa ganggu dari keselurahan irama.

Pada peringkat mempelajari irama, satu perkara penting yang harus diingati adalah memastikan ANDA menari dengan irama yang betul, yakni tidak ketinggalan. Kesemua kerja untuk membuat ‘beat’ telah pun selesai pada peringkat pembuatan musik sebelum anda mendengarnya di radio atau alat rakaman musik. Drum telahpun dipukul dan bunyi yang menyelusuri alam dan bergetar di telinga anda, telahpun menembusi otak anda sebagai ‘beat’. Dengan itu, menari dengan ‘beat’ yang betul memerlukan kesemua organ dalaman anda bergerak dalam masa yang sesuai dan tepat dengan ‘beat’. Sebenarnya, pergerakkan badan dengan menari yang bersesuaian dengan ‘beat’ anda harus menjangka dengan ‘beat’-‘beat’ yang sedang dimainkan itu. Anda harus merasa bahawa anda sedang membuat ‘beat’ tersebut dengan badan sambil memdengarnya. Anda haruslah merasa seperti di dalam ‘beat’ dan bukannya menari untuk ‘beat’ tersebut.

Selepas anda mempelajari akan gerak-geri tarian, anda akan mendapati bahawa irama dan ‘beat’ tarian itu lah yang merupakan benda paling penting untuk membolehkan anda menghafal struktur tarian tersebut.

Gerak iysharat/gesture - Sebagai satu sepsis, makluk manusia yang dijumpai pada suatu masa yang lampau dipercayai dapat meneruskan kehidupan dalam satu kumpulan sosial berbanding dengan bersendirian. Penerusan kehidupan itu, manusia tidak dicipta dengan kuku panjang, gigi bertaring atau kulit tubuh yang keras, tetapi manusia dicipta dengan bergantung sepenuhnya pada akal atau otak dan keupayaan manusia beriteraksi antara satu dengan yang lain dan bukannya melalui pergaduhan untuk terus hidup di bumi ini. Sejak dari itu, kita terus membangun terutamanya melakukan pergerakan-pergerakan yang memberi pengertian yang kita sedang berfikir. Dengan greak iysharat yang lemah-lembut dan postur badan kita membawa pengertian yang kita akan bekerjasama, memberi keyakinan pada kawan taupun memaparkan kejahatan kepada mush-musuh kita. Tentu sekali kita boleh bercakap antara satu sama lain tanpa gerak iysharat , tetapi di dalam suasana dimana terdapatnya banyak bahasa di dunia ini, greak iysharat memainkan satu perkara penting. Dengan ini, untuk meneruskan kehidupan adalah pentingnya untuk mewujudkan satu bahasa gerak iysharat yang biasa dilakukan (common).

Syarikat-syarikat tari antarabangsa mengadakan persembahan di merata-rata dunia tetapi bukan semuanya dan hanya sebilangan kecil sahaja dimana tarian-tarian itu dapat difahami. Pengecualian kepada beberapa tarian dimana ia telahpun bertapak secara formal dan berfahaman agama seperti beberapa tarian jepun, dimana ianya berasaskan mime bercampur dengan unsure-unsur agama, ataupun beberapa jenis tarian India yang diadakan di sekolah-sekolah tarian dimana mime merupakan satu bahasa yang dipalajari. Dalam tarian ini, kita boleh memahaminya secara penuh, tetapi kita akan lebih memahaminya secara emndalam sekiranya pergerakan-pergerakan tarian berkaitan dengan gerak iysharat -gerak iysharat yang biasa (common).

Kedua-dua tangan yang disilang dan diletak pada dada bererti perlindungan dinding (satu perlindungan kepada sesuatu). Tangan pada pinggang bermaksud – tunjukkan kepada saya, manakala tangan yang menggengam pada pinggang memberi erti – buktikan pada saya!. Tangan yang membuka untuk menyambut bermakna – saya sedia menerima atau memberi. Megipas tangan kanan pada asasnya bermaksud bahawa seseorang itu tidak membawa senjata yang merbahaya.

Mengangkat kepala ke depan menunjukkan seseorang itu menanti sesuatu manakala memiringkan kepala ke tepi menunjukkan seseorang itu berminat. Perasaan sayu atau simpati dilakukan dengan meletakkan tangan di dagu/muka. Mengankat bahu sedikit pula bermaksud tidak peduli atau tidak ambil tahu, manakala mendangkap bahu bermakna seseorang itu mengalami kesakitan. Sekiranya anda berdiri dengan satu kaki sahaja dengan berat diagihkan ke atas satu pinggang sahaja – menbnyikan tapak kan menunjukkan seseorang itu dalam kebosanan.

Perhatikan diri anda sendiri and juga orang di sekeliling anda dan pelajari apa tubuh anda sedang buat melalui gerak iysharat. Setiap pergerakkan yang kita buat medefinasikan satu pemikiran, perasaan atau kelakuan. Ini merupakan satu alat tarian dan oleh yang demikian digunakan untuk menghasilkan pergerakan-pergerakan tarian yang menceritakan satu babak kehidupan manusia sejagat.


0 Comments:

Post a Comment

<< Home